Monday, 23 December 2013

Nota Lapangan


Nota Lapangan

Nota lapangan ialah maklumat yang didengar, dilihat, pengalaman yang dilalui dan apa yang difikirkan sertamenjadi imbasan ke atas data yang ada. Maklumat yang diperolehi adalah seperti idea, strategi dan refleksi yangmempelbagaikan corak maklumat berkenaan. Membuat nota lapangan adalah salah satu cara melaporkanpemerhatian, refleksi dan tindak balas kepada masalah dalam bilik darjah. Seelok-eloknya, nota lapangan ditulissebaik sahaja masa pengajaran habis kerana apa yang berlaku dalam bilik darjah masih segar dalam ingatan guru.Nota lapangan terdiri daripada pelbagai jenis. Ada yang berpusatkan isu, maksudnya pemerhatian adalah fokuskepada isu-isu tertentu seperti mutu pengajaran, tingkahlaku pelajar dan perkara yang sedang berlaku.Kegunaan nota lapangan:

1.Guru dapat fokus pada isu-isu tertentu sepanjang masa pengajaran.
2.Guru dapat mereflek reaksi pelajar dan suasana dalam bilik darjah.
3.Guru dapat menyediakan maklumat tentang apa yang sedang berlaku terhadap seseorang pelajar yangboleh digunakan dalam kajian kes.
4.Guru boleh merakam perkembangan guru-guru lain

Kepentingan nota lapangan ialah:

1.meningkatkan kualiti penulisan sama ada kualiti isi, ejaan dan memberi rangsangan bagi membentukketajaman pemerhatian penyelidik
2.memberi tumpuan dalam pemerhatian
3.menjelaskan konteks sesuatu temuduga dilaksanakan
4.menyediakan log peribadi bagi penyelidik menjejak perkembangan kajian
5.memberi gambaran terhadap pelan penyelidikan yang berkaitan dengan pengumpulan data
6.memberi kesedaran kendiri terhadap pengaruh data
7.menyediakan bahan-bahan kajian kes pelajar tertentu. Maklumat yang diperolehi haruslah berbentukdeskriptif berbanding spekulatif.

Bagaimana nota lapangan diatur?

Ia dipecahkan kepada dua iaitu:

1. Muka hadapan mengandungi maklumat tarikh dan masa, nama penemuduga, tempat berjumpa, nombor set dan tajuk setiap lapangan.
2. Perenggan dan sisi. Susun atur nota lapangan harus mengambil kira perubahan yang berlaku seperti topik barudan maklumat baru. Apabila penyelidik ragu-ragu, dia harus memulakan perenggan baru manakala di ruangsebelah kiri, boleh dibiarkan kosong supaya catatan tambahan boleh dilakukan jika perlu.

Bentuk Kajian Lapangan
-data dikutip melalui temubual dengan responden kajian atau melalui pemerhatian terhadap fenomena yang dikaji

4.0 Kaedah Kajian
Kajian luar ini dilaksanakan melalui empat kaedah berikut:1

Pemerhatian.
 Pemerhatian di lapangan dijalankan bagi mengenal pasti jenis-jenis aktiviti sertakesannya terhadap alam sekitar fizikal di kawasan tersebut. Antara kesan yangdiperhatikan adalah seperti perubahan landskap, pencemaran dan hakisan.2.

Temu bual.
Temu bual telah dijalankan terhadap beberapa orang responden yang terdiridaripada pekerja di Pusat Pemeliharaan Gajah, peniaga dan penduduk sekitar.Soalan temu bual berkisar kepada kepentingan sektor pelancongan penduduk, dankesan yang timbul akibat kegiatan pelancongan yang dijalankan.




Saturday, 21 December 2013

Contoh Proposal Kajian Tindakan



PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS TAHUN 2

TAJUK : Meningkatkan Penguasaan Bagi Mengenalpasti Kehendak / Arahan
Soalan Sains Dalam Bahasa Inggeris dengan Teknik “5 WAD U
READ”

TEMPAT : Sekolah Kebangsaan Kota Jaya, Kota Tinggi, Johor.
NAMA PENYELIDIK : 1. Siti Monazairin binti Jelani
2. Hayati binti Osman
3. Siti Zaharah binti Haji Nawawi


1. TAJUK

Meningkatkan penguasaan bagi mengenalpasti kehendak soalan Sains dalam Bahasa Inggeris dengan teknik “ 5 WAD U READ “.

2. ISU / KEPERIHATINAN YANG DIKAJI
Masalah utama yang dapat di kesan adalah :

a) Murid-murid tidak membaca soalan dengan teliti.
b) Murid-murid tidak memahami kehendak soalan.
c) Murid-murid tidak mengetahui makna perkataan / istilah Sains dalam Bahasa Inggeris.
d) Guru kurang menggunakan kreativiti untuk merangsang pengajaran dan pembelajaran Sains dalam Bahasa Inggeris.
e) Latar belakang keluarga yang berpendapatan rendah dan kurang penguasaan dalam Bahasa Inggeris.

Oleh itu, penyelidik telah terpanggil untuk mencari jalan bagi mengatasi masalah ini. Penyelidik sedar akan kelemahan murid-murid untuk memahami matapelajaran Sains dalam Bahasa Melayu, inikan pula dalam Bahasa Inggeris. Setelah mencuba beberapa cara dan kaedah pengajaran dan pembelajaran, penyelidik telah memperkenalkan satu teknik yang dinamakan “5 WAD U READ“.


3. REFLEKSI MASALAH

Berdasarkan analisis kajian yang telah dibuat, di Sekolah Kebangsaan Kota Jaya, didapati 50% murid tidak dapat menguasai mata pelajaran Sains dalam Bahasa Inggeris. Data ini diperolehi daripada ujian akhir tahun murid Tahun 1, 2004. Adalah didapati fenomena ini berpunca daripada kurangnya penguasaan perbendaharaan kata Bahasa Inggeris. Di samping mata pelajaran Sains dalam Bahasa Inggeris merupakan mata pelajaran yang baru diperkenalkan pada awal tahun 2003. Kebanyakkan pelajar ini bukannya tidak dapat menjawab soalan Sains dalam Bahasa Inggeris, tetapi tidak memahami kehendak soalan / arahan.

Penyelidik mengambil inisiatif menggunakan teknik “5 WAD U READ” untuk membantu pelajar menguasai istilah-istilah Sains dalam Bahasa Inggeris di samping memahami konsep-konsep Sains. Setakat ini masih belum ada lagi pengkaji yang menjalankan kajian tentang masalah mata pelajaran Sains dalam Bahasa Inggeris di negara kita. Namun demikian, terdapat beberapa orang pengkaji yang telah membuat kajian yang ada hubungan dengannya dengan tajuk yang dikaji oleh penyelidik.

ULASAN KARYA
Berdasarkan kajian yang telah dibuat oleh Dr. Naimah Ishak (2002), beliau menyatakan penguasaan Bahasa Inggeris murid di sekolah rendah luar bandar amat rendah. Kadar pencapaian yang rendah bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris di sekolah rendah luar bandar mencerminkan perlaksanaan mata pelajaran ini yang kurang berkesan.

Terdapat juga kajian tentang cara meningkatkan keberkesanan guru-guru Sains dalam pengajaran dan pembelajaran Sains di sekolah rendah. Menurut pengkaji Fuad bin Hashim (2000), kaedah pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah pembelajaran koperatif memberi murid lebih keyakinan pada diri sendiri dan proses pengajaran dan pembelajaran berpusat kepada murid dan bukannya guru.

Menurut Aguirre, Haggerty & Linder (1990), Sains adalah satu bidang ilmu yang memerlukan pemerhatian, penelitian, dan ujikaji yang sistematik. Beberapa kajian terkini mengenai bagaimana kanak-kanak belajar Sains selalunya dikaitkan dengan ‘constructivist view’.

Menurut Wan Monalyza (1990), pengajaran guru yang menggunakan alat bantu mengajar
yang kemas, teratur, dan bersesuaian dengan topik tertentu menarik minat pelajar terhadap Sains. Ini bermakna kaedah pengajaran guru akan mempengaruhi minat pelajar terhadap mata pelajaran Sains.

FOKUS KAJIAN

Penyelidik mendapati, murid-murid ini boleh menjawab soalan-soalan yang diberikan dengan baik sekiranya mereka memahami kehendak soalan / arahan di samping memahami makna perkataan-perkataan / istilah sains dalam Bahasa Inggeris. Ini adalah kerana perbendaharaan kata Bahasa Inggeris mereka amat terhad. Di antara kehendak / arahan soalan Sains yang biasa dibuat adalah seperti :

a) Fill in the blanks
b) Match
c) Circle
d) Colour
e) Group
f) Put a tick (
P ) or a cross ( O )
g) Choose

4. OBJEKTIF

4.1 Objektif Am:
Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan penguasaan bagi mengenalpasti kehendak soalan Sains dalam Bahasa Inggeris dengan teknik “5 WAD U READ”

4.2 Objektif Khusus:
Di akhir kajian, murid-murid dapat:-
4.2.1 Menjawab soalan-soalan Sains dalam Bahasa Inggeris dengan betul dan menepati kehendak soalan.
4.2.2 Menjawab 9 daripada 10 soalan yang diberi dengan betul.


5. KUMPULAN SASARAN

15 orang murid Tahun 2 Syuhada yang terdiri daripada 8 orang murid lelaki dan 7 orang murid perempuan.

6. TINDAKAN YANG DICADANGKAN

6.1 Tinjauan masalah
Berdasarkan refleksi pengajaran dan pembelajaran, lembaran kerja yang diberi dianggap sebagai Ujian Pra 1( Lampiran 1). Untuk mengetahui dengan lebih mendalam lagi tentang masalah ini, saya telah menyediakan beberapa soalan Ujian Pra 2 ( Lampiran 2 ) berkaitan topik “ANIMALS” dan “PLANTS” kepada 15 orang murid terlibat.

6.2 Teknik “ 5 WAD U READ “
Semasa mengajar mata pelajaran Sains Tahun 2, penyelidik telah menggunakan teknik “5 WAD U READ”. Teknik “5 WAD U READ” iaitu rangkaian perkataan ;

a) “5 WAD”
“5 – bermaksud lima” , “W – bermaksud words”, “A – bermaksud a” dan “D – bermaksud day”. Kesimpulannya, teknik ini bermaksud “Lima perkataan dalam satu hari”.

b) “U READ” pula adalah rangkaian perkataan ;
“U – bermaksud You Understand”, “R – bermaksud Read and Remember”, “E – bermaksud Exercises”, “A – bermaksud Answer”, “D – bermaksud Do It and Done”. Kesimpulannya, teknik ini bermaksud “Kamu faham, baca dan ingat, buat latihan, jawab dan laksanakannya - selesai”.

Langkah-langkah yang penyelidik jalankan dengan menggunakan teknik ini ialah:-

6.2.1 Memperkenalkan 5 perkataan Inggeris yang berkaitan dengan topik yang diajar setiap hari.
6.2.2 Murid mencatatkan / menampalkan perkataan-perkataan ini ke dalam ‘’Buku Istilah Sains’’.
6.2.3 Murid memahami topik yang diajar dan kehendak soalan.
6.2.4 Murid membaca dan mengingati apa yang ajar.
6.2.5 Murid membuat latihan.
6.2.6 Murid cuba menjawab soalan-soalan dengan betul.
6.2.7 Murid menyemak jawapan

Di samping pengajaran dan pembelajaran biasa di dalam kelas, penyelidik juga membawa murid-murid ke Makmal Komputer. Di sini mereka akan menggunakan perisian yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ( CD ROM SCIENCE YEAR 2 ) dan cuba menjawab soalan-soalan dengan berbantukan komputer.

Untuk mengukuhkan lagi pemahaman murid berkenaan teknik “5 WAD U READ”, contoh perkataan-perkataan / istilah-istilah Sains yang berkaitan dengan topik “ANIMALS” dan “PLANTS” akan diberikan ( Lampiran 3 ) dan juga lembaran kerja berkaitan.

6.3 Menjalankan ujian pos
Satu ujian pos akan diberikan untuk membuktikan keberkesanan teknik “5 WAD U READ” tersebut.


7. BAHAN YANG DIPERLUKAN

BIL JENIS BAHAN KUANTITI HARGA SEUNIT JUMLAH KOS
1. Kertas A4 1 rim RM 10.00 RM 10.00
2. Printer Cartridge 1 unit RM 50.00 RM 50.00
3. Fotostat bahan dan laporan kajian RM 20.00
4. Disket 1 kotak RM 10.00 RM 10.00
5. Buku catatan guru 1 buah RM 2.00 RM 2.00
6. Komputer 44 buah dibekalkan dibekalkan
7. Perisian Sains Year 2 45 keping dibekalkan dibekalkan
8. LCD 4 buah dibekalkan dibekalkan
JUMLAH RM 92.00

8. JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN

BIL AKTIVITI TARIKH PERLAKSANAAN CATATAN
1 Mengenalpasti masalah dan pengumpulan data awal 1 Mac 2010 Masalah ini dapat dikesan setelah murid menjalani ujian bulan Februari.
2 Menulis proposal 30 Mac 2010
3 Merancang tindakan 2 April 2010
4 Melaksanakan tindakan 5 April 2010
5 Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 7 April 2010
6 Ujian pos untuk mengesan pencapaian murid 10 April 2010
7 Refleksi kajian 30 Mei 2010 Refleksi dibuat setelah murid selesai menjalani PKSR 1.
8 Menulis laporan kajian 17 Jun 2010

9. PEMERHATIAN
9.1 Pemerhatian
• Semasa pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, guru akan melihat bagaimana respon murid setiap kali soalan-soalan / arahan digunakan.
• Guru juga dapat melihat sikap pelajar ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung sama ada memberi perhatian atau bermain.
• Guru dapat mengesan kelemahan murid dengan cepat dan memberikan bantuan.
9.2 Latihan dalam kelas
• Latihan diberi setiap kali selepas sesi penerangan tentang topik yang diajar. Contoh-contoh latihan ada dalam lampiran.

9.3 Ujian bulanan
• Ujian bulanan biasanya dijalankan setiap bulan dan soalan-soalan adalah mengikut topik-topik yang telah diajar.
9.4 Temubual dengan guru lain
• Temubual ini dijalankan bagi mengenalpasti punca masalah pelajar. Guru-guru yang ditemubual adalah guru pemulihan, guru Bahasa Inggeris, guru kelas dan guru mata pelajaran lain.
Contoh soalan:
1. Adakah murid telah menunjukkan peningkatan dalam mata pelajaran
yang telah diajar?
2. Apakah perubahan yang dapat dilihat semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran dijalankan?
3. Apakah kelemahan pelajar yang telah dapat dikesan?

10. REFLEKSI
11. PELAPORAN
12. TINDAKAN SUSULAN/ CADANG KAJIAN AKAN DATANG
13. RUJUKAN